NOTA LATIHAN LOMPAT JAUH
Terdapat tiga gaya lompat jauh:
1Gaya layar
- Digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini
2.Gaya gantung
- Digunakan oleh novis dan juga pakar
3.Gaya tendang kayuh
- Hanya digunakan oleh pakar sahaja
Boleh dibahagikan kepada empat fasa:
1.Fasa penujuan
-Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak.
-Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris @ kaki depan belakang
-Langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak.
-Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 pelompat novis, 17-19 pelompat wanita pakar, dan 23 pelompat lelaki pakar.
2.Penentuan titik mula
-Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda.
-Ulang larian dari titik mula ke papan lonjak untuk memastikan kaki lonjak adalah pada papan lonjak.
-Jika perlu ubahkan tanda untuk mendapatkan jarak yg betul Fasa
Fasa Lonjakan.
-Setibanya di papan lonjak pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum
-Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu
-Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
Fasa Penerbangan / Layangan
-Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan.
-Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang
-Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal
Fasa pendaratan
-Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan ; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan.
-Bila tumit mula mencecah tanah tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.
Latihan unsur maju
1.Menentukan kaki lonjak
-Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Untuk menentukan kaki yg kuat utk lonjakan
2.Latihan lonjakan
a)Berlari dan melonjak dgn mengangkat lutut kaki yg melonjak seberapa tinggi yg boleh
b)Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak
c)Berlari 3-5 langkah dan melompat
d)Berlari 3 langkah dan menanduk objek yg digantung
3.Latihan mendarat
a)Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan
b)Lompat ( dgn kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (@ peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat
c)Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian)
4.Mengukur penujuan
a)Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan utk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dgn sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dgn kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
b)Pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dgn kaki lonjakan
c)Ulang dengan 9,11,dan 13 langkah
5.Latihan gaya lompatan berbeza
a)Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
b)Melonjak dari peti lombol @ kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh)
c)Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan
i.Gaya layar
ii.Gaya gantung
iii.Gaya tendang kayuh
Peraturan Lompat Jauh (173)
Pertandingan yang melibatkan 8 org peserta,3 percubaan dibenarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk mebuat 3 lagi lompatan.
-Jika bilangan peserta ialah 8 org atau kurang, 6 percubaan dberi.
-Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
a)Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak.
b)Melonjak di luar kawasan papan lonjak
c)Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan.
d)Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan
.Cara mengukur jarak (Peraturan 145)
-Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat.
-Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur .
-Ini bererti bahagian kurang daripada 1cm diabaikan.